Kehidupan peribadi Jurey_Latiff_Rosli

Bapa beliau, Allahyarham Kapten (B) Mohd Rosli Yahya merupakan seorang pesara askar.[1] Adiknya, Mohd Aizad Rosli merupakan bekas suami kepada pelakon, Balkisyh Semundur Khan.

Beliau telah berkahwin sebanyak empat kali dan mempunyai 14 orang anak. Pada tahun 2013, beliau telah kalah dalam saman fitnahnya berjumlah RM10 Juta terhadap TV3 berhubung satu wawancara dalam program MELODI siaran 2008 kerana didakwa curang dalam perkahwinan.[2]

Anak sulung beliau, Mohd Najmuddin meninggal dunia pada November 2012 akibat nahas jalan raya.[3]

Pada tahun 2014 Jurey telah berkahwin untuk kali keempat. Beliau juga membawa isteri baharunya berbulan madu di Paris, Perancis. Isteri baharunya itu dilaporkan berasal daripada Sabah.

Isterinya yang bernama Stelyviana juga telah menjadi ejen minyak wangi pada tahun 2017. Jurey menubuhkan syarikat produksi perfileman yang baharu buat isteri baharu kesayangannya agar isteri beliau menjadi usahawan yang berjaya. Nama syarikat mereka adalah New Line Film Sdn Bhd. Jurey dan Stelyviana berkenalan ketika Stelyviana memulakan kerjayanya sebagai pelakon ekstra drama tentera arahan Jurey.

Pada 11 November 2015, Jurey dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.[4]

Anak lelakinya, Mohd Ashraff berkahwin dengan pelakon, Ana Dahlia pada 31 Ogos 2016.